@ »

Peringatan dan Notis

Salam kepada semua pengunjung dan pembaca blog Numi. Diingatkan bahawa kandungan didalam blog ini tidak sesekali menyentuh sensitiviti sesiapa. Kandungan blog hanya sekadar berkongsi pengalaman penulis sekadar memberi iktibar dan panduan kepada pembaca blog ini. Sekiranya ada pihak yang terasa secara tidak sengaja penulis blog meminta maaf terlebih dahulu. Diingatkan sekali lagi bahawa penulis hanya ingin berkongsi nukilan. SEKIRANYA BERMINAT SUDI LAH MENJADI FOLLOWERS BLOG. Terima kasih.

Friday, November 11, 2011

Surah Maryam. Doa Memohon Zuriat

Kelebihan Surah Maryam
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah


Pengertian Ayat
SURAT KE 19 : 98 ayat.
Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi mengasihani


Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad.
(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.
(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.

Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku dan isteriku pula adalah seorang yang mandul;

oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub dan jadikanlah dia wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai.

(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):
Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya.

Nabi Zakaria bertanya:
Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?

Penyeru itu menjawab:
Demikian keadaannya janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman;
Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun.

Nabi Zakaria merayu lagi:
Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)

Allah Taala berfirman:
Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat.

Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu dia memberi isyarat kepada mereka:
Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah) pagi dan petang.Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa dia masih kanak-kanak. Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa dia masih kanak-kanak.Dan dia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya dan dia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari dia diperanakkan dan pada hari dia mati, serta pada hari dia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Mariam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.

Kemudian Mariam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu dia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

Mariam berkata:
Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertakwa.

Dia berkata:
Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci.

Mariam bertanya (dengan cemas):
Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun dan aku pula bukan perempuan jahat?

Dia menjawab:
Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

Maka Mariam hamillah mengandungnya, lalu dia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.

(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

Lalu dia diseru dari sebelah bawahnya:
Janganlah engkau berdukacita (wahai Mariam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah:
Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.


Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Dia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Dia berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia.

Sesungguhnya Anak adalah rezeki dari ALLAH S.W.T. Sekiranya Dia mengizinkan maka jadilak ia. Namun Biarlah anak itu datang dengan ikatan yang sah.. Janganlah berputus asa denganNYA, sesungguhnya DIA mengetahui segalanya. ALLAHUALAM




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...